2- Dihadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di hadapan orang yang kita suka, musim itu berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jikalau kita melihat di dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
4- Di hadapan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di hadapan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej sebenar.
5- Di hadapan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Tapi, di hadapan orang yang kita suka, kita bebas berkata apa saja.
6- Kita tak akan merenung ke dalam mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan renung ke dalam mata orang yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut sama menangis. Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba buat dia gembira.
CINTA..- Kita memang mengharapkan dia untuk menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh, nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tenteng dirinya.. (dalam erti lain : cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tahu je)
SAYANG..- Kita perlukan dia di masa kita memerlukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita.. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.. (dalam erti lain : sayang ditujukan kepada orang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
SUKA..- Kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky.. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita tak lah rindu sangat kat dia bila tak jumpa seminggu pun.. (dalam erti lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. kita akan suruh dia diam sekiranya keng kita dah nak pecah)
MINAT..- Ada sesuatu pada dia yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : seseorang yang mempunyai sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.)
'' Tetapi kita kena ingat bahawa, tanpa minat, suka dan sayang kita tak akan cinta seseorang itu..'' Di manakah cinta itu ?
No comments:
Post a Comment